Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, pertama sekali, jom sama-sama kita mensyukuri nikmat Allah yang masih memberikan kesempatan, kesejahteraan, kesabaran & kekuatan kepada kita untuk terus menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ini. Pejam celik pejam celik dah nak masuk hari ke-23 kita berpuasa kan?
Apakah perasaan anda sekarang? Gembira sebab minggu depan dah nak raya? Atau sedih sebab minggu depan Ramadhan dah nak pergi?
..........................................................................................................................................
Sekarang ni kita telah pun memasuki fasa ke-3 bulan penuh barakah ini iaitu Fasa pembebasan dari api neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Barangsiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka syurga itu berkata :’Ya Allah masukkanlah ia ke syurga!’ Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari neraka sebanyak tiga kali, maka neraka itu berkata: ‘Ya Allah! Selamatkanlah ia dari neraka,” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Jika ada masa lapang, klik di sini. Sekadar perkongsian rohani mungkin, sempena fasa ke-3 bulan Ramadhan.
Dalam masa seminggu lagi ni, semoga kita istiqamah mencari malam lailatul qadar, sedar atau tidak kita sudah hampir ke situ, ke penghujung bulan yang penuh barakah ini. Moga-moga peluang ini tidak disia-siakan.
Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih)
wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment